Resepi Rendang Ayam Tok Mudah dan Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Mungkin bagi kebanyakan orang, rendang tok lazimnya dimasak menggunakan daging lembu. Daging lembu yang memang biasa digunakan untuk membuat rendang tok. Rendang tok yang dibuat dengan menggunakan daging lembu ini juga lebih tahan lasak. Di samping itu, daging lembu itu juga tidak cepat hancur. Tetapi, buat masa ini kami akan memasak yang rendang tok ayam. Tidak seperti daging lembu yang tahan lama dan daging yang tidak cepat hancur. Walau bagaimanapun, rendang tok versi ayam tetap punya rasa yang sedap. OK, this time saya akan berkongsi resepi rendang ayam tok, saya dapati dari ibu saya. Ini adalah resepi keluarga yang anda mesti cuba. Jom kita lihat bahan-bahan:

Resepi Rendang Ayam Tok Mudah dan Paling Sedap

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Mudah dan Paling Sedap

Bahan-bahan

  • Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
  • 2 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air = 3 cawan santan
    (kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
  • 6 sudu besar kerisik
  • 5 keping asam gelugor
  • 4 keping daun kunyit – dihiris halus
  • 5 – 6 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar gula putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan Dikisar

  • 8 sudu besar cili kering kisar
  • 4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 batang serai – dipotong serong
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Rempah

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu keci serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
  • Air secukupnya

Cara-cara :

  1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor untuk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua daripada bonda).
  2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.
  4. Satukan kesemua Bahan rempah dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
  5. Kemudian panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.
  6. Masukkan bahan kisar, kacau rata. Diikuti dengan bahan rempah. Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  7. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.
  8. Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.
  9. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.
  10. Ayam Rendang Tok Ayam telah siap untuk dihidangkan.

Rendang ayam tok boleh disajikan untuk makan malam dengan keluarga anda. Menu ini amat sesuai untuk berbuka puasa. Atau jika anda lebih suka, anda boleh membuat menu ayam rendang tok untuk menjual, sudah tentu banyak cinta. Sila cuba resepi rendang ayam tok di rumah anda. Jangan berhenti mencuba sebelum berjaya. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan kegemaran anda. Selamat Mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Penyet Mudah dan Paling Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply