Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan Simple dan Mudah

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Siapa yang tidak tahu makanan rendang ayam? Makanan yang sudah terkenal mempunyai rasa yang lazat ini sudah terkenal negara. Kali ini saya akan berkongsi tentang Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan Simple dan Mudah. Resepi rendang ayam ini tanpa menggunakan santan. Resepi rendang ayam mudah adalah baik untuk kesihatan anda, kerana ia tidak menggunakan santan mengandungi banyak kolesterol. Marilah kita lihat resipi di bawah:

Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan Simple dan Mudah

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (potong 40 ketul)
  • 2 inci lengkuas
  • 1 ketul halia
  • 6 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cilipadi
  • 12 batang serai (racik)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 ketul kunyit hidup (2 inci)
  • daun kunyit (racik)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Lengkuas,halia,bawang besar,bawang putih,cilipadi,kunyit hidup,serai (Blender semua bahan ini)
  2. Bahan yang di blender tadi masukkan ke dalam kuali,kacau.
  3. Masukkan ayam telah di potong 40 tadi,gula melaka,garam secukupnya dan masak dengan api perlahan,kacau supaya semua bahan sebati.
  4. Bila sudah agak-agak masak ayam serta rasanya dah okey angkat.
  5. Seperti biasa tabur daun kunyit yang telah di racik tadi,selepas rendang ayam sudah sejuk.

Mudah bukan? Rendang ayam resipi mempunyai ramai peminat. Salah satu yang paling terkenal adalah Resepi Redang ayam Negeri Sembilan. Anda boleh cuba sendiri di rumah resepi rendang ayam tanpa santan. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Kukus Simple dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply