Resepi Rendang Ayam Perak Mudah dan Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Apa Khabar? Semoga sihat selalu yer. Dah raya aidilfitri. Sebelum saye lambat update kerana raya saya nak update one more time iaitu resepi rendang ayam perak. Resepi ni dah famous diantara resepi lain. Kerana memang sedap dan lazat. Buat teman yang belum pernah masak resepi ni saye nak kongsikan bahan and cara-cara yer. Oleh itu teman tengok bawah yer.

Resepi Rendang Ayam Perak Mudah dan Paling Sedap

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam-potong kecil…tak pun ikut suka ati/daging sekilo
  • 1 senduk cili boh
  • 10 biji cili padi….ikut suka kalau nak pedas tambah ler lagi
  • 4 batang serai-blend
  • 20 ulas bawang merah-blend…separuh lagi dimayang
  • 1/2 labu bawang putih-blend…separuh lagi dimayang
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5 helai daun kunyit-dihiris halus
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 inci lengkuas-blend
  • 1 kg pati santan
  • 1/2 inci halia-blend
  • 1/2 cawan kerisik
  • Daun Limau Purut untuk rendang ayam jer…kalau tak nak letak pun takper
    garam dan sedikit gula kalau ikut kerajinan tahap gaban…semua pun aku buat manual (tumbuk pakai lesung batu…kalau opah aku mmg buat camtu) tak mo blend…sbb lagi sedap tapi sebab aku dah tak larat…masak pun sorang2 …so separuh blend separuh lagi mayang…

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Chef Wan Istimewa dan Mudah

Cara menyediakan

  1. Ayam di bersih dan dimasukkan ke dalam kuali besar.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihiris bersama asam gelugur dan pati santan.
  3. Gaulkan semua ramuan tadi sehingga rata dan dimasak diatas api yang sederhana.
  4. Setelah mendidih, masukkan kerisik, garam dan kecilkan api. Kacau perlahan-lahan sekali sekala sehingga kuah pekat dan naik minyak
  5. Kacau sampai kering…tang ni yang tahan nak menunggu…
  6. Akhir sekali, buangkan asam gelugur dan hidangkan.
  7. Untuk rendang ayam carik2kan jer daun limau purut sbg hiasan dan kasi wangi tara!!!!!!
    siap sudah rendang ayam & rendang dagingku walaupun penat tapi dek sebabkan semangat nak beraya aku gigih gak menyiapkan dua2 rendang ni aku ni senang ayam dgn daging dua2 aku buat resepi yang sama hehe

 

Itulah bahan and cara-cara nya. Mudah bukan? Selain itu resepi ni elok sangat dihidangkan kat majlis or perayaan raya aidilfitri and haji. Teman shud try yer kerana memasak sendiri adalah kepuasaan hati. Oke sekian entry resepi rendang ayam perak ni. Semoga berfaedahand selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Black Pepper Mudah dan Istimewa

Leave a Reply