Resepi Rendang Ayam Noxxa Paling Sedap wajib Cuba

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Adakah anda mempunyai sebuah periuk noxxa di rumah? tidak tahu hendak masak apa menggunakan periuk noxxa ni? Periuk Noxxa adalah alat untuk membantu memasak yang boleh anda gunakan untuk mencipta pelbagai jenis masakan. Salah satu resipi masakan yang paling lazat yang menggunakan periuk noxxa ni adalah rendang ayam. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi rendang ayam noxxa untuk Anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Rendang Ayam Noxxa Paling Sedap wajib Cuba

Baca juga : Resepi Ayam Percik Terengganu Paling Sedap dan Simple

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam kampung – potong kecil
  • 1 liter santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu rempah kari daging
  • 3 sudu cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit – hiris halus
  • 4 helai daun limau purut – hiris halus
  • sedikit gula melaka
  • garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Blend

  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inc. halia
  • 1 inc. lengkuas
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras

Bahan Tumis

  • sedikit setiap satu 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
  • 4 ulas bawang merah – mayang
  • 4 ulas bawang putih – mayang
  • Minyak

Cara Membuatnya

  1. On periuk Noxxa dan tekan butang stir fry. Masukkan minyak. Tumis 4 sekawan dan bawang hiris hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili giling, tumis hingga garing sedikit.
  2. Masukkan bahan blend, tumis lagi hingga naik minyak. Off periuk dengan menekan butang On Off.
  3. Masukkan ayam, asam keping dan santan. Gaul rata ayam dan rempah tumis. On periuk semula dan tekan butang high pressure, setkan masa yang dikehendaki (saya set 20 minit). Pasang penutup, rapatkan dan pusingkan nob ke arah pressure.
  4. Bila high pressure dah settle, pusingkan nob ke arah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
  5. Masukkan gula, kerisik, daun limau dan daun kunyit. Sebab saya nak rendang yang agak kering. Saya masak hingga kering guna stir fry method.
  6. Tekan butang stir fry dan tumis seketika untuk memasak rendang hingga kering. Akhir sekali masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang diingini. Tekan butang On Off untuk stopkan proses.

Rendang ayam noxxa dah siap dihidangkan. Rendang ayam yang dibuat menggunakan periux noxxa mempunyai rasa yang tersendiri. Periux noxxa sangat bantu kami semua dalam mencipta pelbagai jenis masakan, seperti masakan berkuah, kek, dan sebagainya. Alat ini adalah sangat serba boleh. Sila cuba resepi rendang ayam noxxa ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan perkongsian kali ini berguna untuk Anda dan selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Percik Madu Istimewa Wajib Cuba

Leave a Reply