Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua. Semoga rakan selalu healthy always. Saya suka rendang ayam, makanan kegemaran saya dan keluarga saya. Terdapat pelbagai jenis rendang ayam, tetapi adalah yang paling istimewa dari negeri sembilan, rasanya pedas. Tetapi tidak semua keluarga saya suka pedas, kadang-kadang saya masak ayam rendang negeri sembilan ni Kurangkan cili. Bagi anda yang ingin mencuba rendang ayam istimewa ni, saya akan kongsikan resepi ayam rendang negeri sembilan ni:

Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Paling Sedap

Baca juga : Resepi Ayam Pandan Thai Istimewa

Bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong-potong)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit (buang tulang tengahnya dan hiris halus)
  • Garam

Bahan Kisar :

  • Segenggam cili padi (kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api)
  • 5 biji cili kering
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas

Cara-cara :

  • Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
  • Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
  • Hidangkan.

Bagi penggemar masakan rasa pedas, pasti sudah tahu mengenali masakan ni. Rendang ayam negeri Sembilan mempunyai ramai peminat di seluruh negara. Resepi ayam rendang negeri sembilan ni sekarang boleh dicuba di dapur anda. Jika masih gagal, terus mencuba untuk mendapatkan rasa terbaik. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style Mudah and Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply