Resepi Perap Ayam BBQ Sedap dan Mudah

resepiayamsimple.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sume. Semoga kawan semua dah peroleh rezeki berganda hari ni. Kali ni saya nak berkongsi resepi again. Resepi apa itu? Resepi yang famous and sedap la. Yap saya nak berkongsi resepi perap ayam BBQ yang sedap lagi ringkas. Resepi perap ayam bbq merupakan resepi yang bahan utama nya iaitu daging ayam and sos bbq. Selain tu resepi ni merupakan varian dari resepi ayam. Korang pasti tahu la resepi ayam tu banyak macam seperti resepi ayam bbq chef wan and resepi ayam bbq black papper. Untuk kawan yang nak cuba boleh sedia bahan-bahan seperti bawah ni yer. Langsung sahaja semak resepi perap ayam bbq ni.

Resepi Perap Ayam BBQ Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 2 Ekor ayam (anggaran 4,5 kg)
  • Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar

Bahan-bahan Perapan

Bahan A

  • 3 Sudu besar sos BBQ
  • 5 Sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
  • 2 Sudu besar gula putih
  • Garam secuku rasa

Bahan-bahan B (dikisar halus disajikan pes)

  • 2-3 Biji bawang besar (saiz besar) – dihiris
  • 8 Ulas bawang putih saiz besar
  • 4 sm halia
  • 4 sm kunyit hidup
  • 2 sm lengkuas
  • 4-5 batang serai – dihiris
  • 3-4 sudu besar serbuk cili
  • 2 Sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 Sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 Sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 Sudu besar serbuk lada hitam halus ( kalau nak pedas, boleh tambah lagi )
  • Anggaran air secukupnya

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Merah Pasar Malam Sedap Best

Cara-cara memasak

  1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
  2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan ayaj di dalam zipper beg. kuantiti ayam yang dimasukkan didalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenan. boleh juga guna bekas plastik/tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1-2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).
  5. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)

Hurm sedap nyerr resepi ni. Resepi perap ayam bbq ni biasa saya buat bersama sanak family lain. Kerana makan bersama family tu sedap and lazat nya bertambah. Oke sekian kongsi resepi perap ayam bbq ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :

Baca Juga : Resepi Ayam Madu Bakar Merah Simple dan Sedap Menyelerakan

Pencarian Resepi:

Leave a Reply