Resepi Paprik Ayam Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua rakan.  Apa khabar semua? Semoga semua rakan dalam keadaan healty ye. Keliru mahu masak apa semalam? Buat masa ini saya akan berkongsi dengan anda dalam masakan Thailand, resepi paprik ayam simple dan sedap. Resipi ini sangat sesuai dihidangkan untuk acara-acara rasmi seperti perkahwinan atau makan bersama-sama di Majlis tersebut. Kuah paprik ayam pekat pula membuat semua orang ingin merasainya. Untuk membuat ayam parik bukanlah sukar, malah ia adalah mudah untuk membuat hidangan ini. Jom kita tengok resepinya

Baca juga : Resepi Ayam Penyet Mudah dan Paling Sedap

Bahan-bahan :

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 11 biji cili api – dipecah-pecahkan aje
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat
  • bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.

Paprik ayam yang sempurna bagi mereka yang suka masakan pedas. Aroma ayam paprik juga telah membuat lidah mahu menari sahaja, hehee… Sila cuba di rumah resepi paprik ayam simple ni. Buatlah rasa yang paling istimewa untuk keluarga atau rakan-rakan Anda. Jangan berputus asa jika ianya tidak berhasil, dan terus cuba. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Percik Pasar Malam Paling Simple and Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply