Resepi Paprik Ayam Ala Thai Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. How your day? Semoga fine selalu and sihat selalu. Kali ni saya nak kongsikan resepi paprik ayam ala thai. Siapa disini yang tak tahu kelazatan resepi ni? Boleh la cuba dirumah. Resepi ni memang menjadi salah satu kegemaran banyak rakyat melayu. Kegemaran tu kerana kelazatan and sedap masakan tu. Oleh itu saya kongsikan disini. Untuk bahan and cara-cara semak jom bawah ni.

Resepi Paprik Ayam Ala Thai Paling Sedap

Bahan-bahannya:

  • 4 keping dada ayam (keel) – dipotong/dihiris kecil
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 4 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris mancis
  • 2 labu bawang besar – dipotong gegelang
  • 5 – 6 biji cili padi merah – dititik
  • 2 batang serai – dititik
  • ½ biji cili benggala (boleh pilih hijau/merah/kuning atau campur ketiga-tiga sekali)
  • 5 – 6 helai daun limau purut – dikoyak hujungnya
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan/sotong
  • Sedikit kicap manis
  • Gula perang dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Baca Juga : Resepi Kuah Ayam Percik Sedap Istimewa dan Mudah

Sayur-sayuran:

  • 10 batang kacang buncis @ kacang panjang
  • Boleh tambah sayur-sayuran lain seperti bunga kobis,
  • putik jagung dan lobak merah

Cara-caranya:

  1. Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan
  3. Tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak/pecah minyak. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos ikan/sotong, dan kicap manis, diikuti dengan isi ayam. Gaul rata.
  5. Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili pagi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula perang dan garam. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili benggala, dan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah pekat (bergantung kepada citarasa masing-masing).
  7. Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api.
  8. Siap dihidangkan bersama nasi panas.

Itulah bahan and cara-cara masak memasak resepi paprik ayam ala thai. Teman boleh cuba resepi ni kerana saya pon dapat resepi ni from my hubby yang gemar search pasal resepi untuk dicuba. Saya dah cuba and alhamdulilla not fail. Oke sekian entry resepi paprik ayam ala thai ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Stim Halia Paling Sedap dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply