Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com –Ā Assalamualaikum kawan-kawan, salam sejahtera untuk semuanya. Berjumpa lagi dengan saye yang selalu setia berkongsi pelbagai resipi ayam untuk anda. Bagaimana khabar anda? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Buat masa ni saya akan berkongsi resepi nasi kukus ayam goreng berempah simple dan sedap untuk anda. Ini adalah salah satu makanan yang mempunyai banyak peminat di Malaysia. Nasi kukus dengan ayam goreng berempah dan ditambah pula dengan sambal belacan adalah makanan yang memang benar-benar lazat. Selepas merasai makanan ni, pasti anda akan menambah lebih banyak, hehee… Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Kukus Simple dan Sedap

Resepi Nasi Kukus

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras – rendam selama 1 jam (saya guna beras basmathi, rendam sekejap sahaja)
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul

Cara memasak

  1. Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras.
  2. Didihkan air dalam pengukus. Masukkan daun pandan simpul dalam air.
  3. Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
  4. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)
  5. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (tukar air selalu supaya beras cepat sejuk)
  6. Beras akan mengembang dan memanjang lebih kurang satu kali ganda. Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.
  7. Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air). Biar seketika dalam 10 min supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.
  8. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (kukus lebih kurang 15 min)

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan

Bahan Perap

  • 6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk kari daging
  • 1 sk paprika
  • Sedikit oregano (xboh pun xpe)
  • Minyak

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 batang serai(kisar)
  • 6 cm halia (kisar) sy gn halia muda

Cara Membuat Ayam Goreng Berempah

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati.
  3. Perap ayam lagi lama lagi sedap.(Saya perap 1jam shj sbb nak cepat)
  4. Goreng dengan api sederhana.Ayam perap cenggini senang hangus.Kena pandai kawal api

Resepi Sambal Belacan

Bahan-Bahan

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan jus limau kasturi
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 biji cili padi

Cara Membuat

  1. Belah cili padi menjadi 2 bahagian supaya bila goreng nanti tak meletup dan potong bawang
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau sampai layu je.
  3. Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan perahan limau kasturi td,belacan, cili merah,sedikit gula dan garam. Lepas 2 tumbuk semua bahan tadi dalam lesung. Nak senang,blend je lah sume 2,abis citer..
  4. Akhir sekali, letak sekali sesudu besar kat sebelah nasi kukus.

Nasi kukus ayam goreng berempah dah sedia dihidangkan. hidangkan makanan ini untuk makansiang atau makanmalam bersama keluarga. Rasa makanan ini akan membuat orang yang memakannya akan merasa kecanduan. Sila cuba resepi nasi kukus ayam goreng berempah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba šŸ˜‰

Baca Juga : Resepi Ayam Kukus Halia Paling Sedap dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply