Resepi Nasi Goreng Ayam Yang Sedap Dan Pedas Sangat

resepiayamsimple.com – Nasi goreng termasuk salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia contohnya nasi goreng biasa, daging merah, paprik, cina dan sebagainya. Pada kali ini saya akan share yaitu tentang Resepi Nasi Goreng Ayam yang Sedap dan Pedas Sangat. Kerana saya dan keluarga saya termasuk penggemar nasi goreng. Tak kira nasi goreng apa pun, asalkan dia PEDAS. Mesti letak cili giling atau cili padi.

nasi goreng peda dan sedap sangat

Saya suka resepi nasi ini dan tak lupa biasanya saya ubah suai resepi sendiri, tapi tetap tak sedap macam yang mak masak. Sebenarnya mak-mak ni kalau masak apa pun sedap, hatta goreng telur mata sekalipun. Masa balik rumah mak haritu, sempat tanya apa benda yang mak letak dalam nasi goreng dia sampai rasa sedap sangat? Cara mak adalah dia masak ikan bilis dan telur asing-asing kemudian baru campurkan. Akhirnya sayapun share disini bila teman-teman mau try, pasti sedap pula.

Baca juga: Resepi Ayam Percik Kelantan Berkuih Paling Simple and Sedap

Bahan-bahan

  • Nasi putih ( untuk 2-3 orang makan )
  • 1 biji bawang besar
  • 6 tangkai cili padi ( ikut suka, siapa suka pedas boleh tambah lagi cili )
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji telur
  • 1/4 ikat kacang panjang
  • segenggam ikan bilis
  • daging ayam kecil
  • garam/ajinomoto

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan. Kemudian goreng telur dan buat macam scrambled egg, ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama ( tambah minyak kalau kurang ) dan goreng bawang merah, bawang besar yang sudah dikisar bersama cili padi. Goreng hingga garing ( ini paling penting mak kata )
  3. Kemudian masukkan kacang panjang yang dipotong pendek dan gaulkan rata hingga kacang masak.
  4. Tambahkan nasi putih dan gaul. Kemudian masukkan ikan bilis, telur, daging ayam kecil tambahkan garam dan ajinomoto.
  5. Rasa dulu, dan tambah mana yang kurang. Kalau nak ganti dengan sayur kangkung pun boleh.

Baca jugaResepi Ayam Percik Panggang Paling Sedap

Sekarang resepi nasi goreng ayam bolehlah di coba di dapur Anda, Selamat mencubaa 😉

Leave a Reply