Resepi Nasi Ayam Simple yang Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Hello… apa khabar rakan-rakan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Nasi ayam memang pilihan masa makan tengahari bersama keluarga atau rakan-rakan. Nasi ayam sudah mempunyai banyak hidangan sampingan, seperti sup, ayam goreng, Kuah kicap dan Kuah cili. Ramai orang akan berfikir jika membuat nasi ayam adalah sukar, tetapi ia sebenarnya mudah dan simple. This time, saya akan kongsikan resepi nasi ayam simple untuk Anda. Resepi ni boleh anda cuba di rumah. Resipi ini adalah mudah dan simple untuk membuatnya, tetapi masih mempunyai rasa yang lazat. Jika anda ingin mencubanya, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Ayam Simple yang Paling Sedap

Baca juga : Resepi Ayam Masak Merah Tomato Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Nasi

  • 2 mangkuk nasi ( 8 orang makan)
  • 1 3/4 mangkuk sup (anggaran)
  • 1-2 titis pewarna kuning / 1-2 tbs serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk Ayam (diperap)

  • 1 senduk gula
  • 1 tbs serbuk lada hitam (Ajinomoto)
  • 2 senduk kicap lemak (Jalen)

Bahan-bahan untuk Sup

  • 1 ekor ayam dipotong 8 & dibuang kulit
  • 1- 2 biji bawang dibelah empat
  • 3 ulas bawang putih dihiris / diketuk
  • 1 inci halia yang dihiris / diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 tbs serbuk lada hitam
  • 2 tbs serbuk jintan putih
  • 2 tbs serbuk ketumbar
  • 1 kiub ayam Maggi ( boleh guna 2-3 kiub ikut citarasa anda )
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Kuah Cili

  • 12 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk sup
  • 1 seduk gula
  • 1 senduk cuka

Cara-cara

Cara Membuat Nasi

  1. Basuh beras, titiskan pewarna kuning dan rendam selama 5-10 minit.
  2. Toskan beras dan masukkan 1 3/4 mangkuk sup ke dalam periuk nasi. Kurangkan sedikit ukuran air untuk mengelakkan nasi lembik, kerana beras telah menyerap air ketika direndam.
  3. Biarkan nasi masak. Anda juga boleh menambahkan daun pandan dan serai yang dititik untuk menaikkan aroma nasi.

Cara Membuat Ayam Goreng

  1. Gaulkan semua bahan di atas dengan ayam yang telah dimasak dalam sup sebentar tadi dan perap seketika. Jangan buang kicap yang digunakan untuk perapan ayam kerana ia akan digunakan untuk membuat kuah kicap.
  2. Goreng ayam sehingga bahagian luarnya garing dan berwarna keperang-perangan. Jus ayam akan hilang jika menggorengnya terlalu lama.

Cara Membuat Kuah Kicap

  1. Tambahkan 2 senduk sup ke dalam kicap perapan ayam tadi dan renih sehingga pekat. Masak dengan menggunakan api yang perlahan supaya kuah kicap tidak hangit.

Cara Membuat Sup

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
    Tambahkan air secukupnya supaya cukup untuk masak nasi, sup, kuah cili dan kuah kicap.
  2. Didihkan sup sehingga ayam masak dan keluarkan ayam dari sup dan letakkan ke dalam bekas yang berasingan untuk diperap sebelum digoreng/dibakar.

Cara Membuat Kuah Cili

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas dan renih sehingga kuah menjadi pekat. Gunakan api yang perlahan supaya cili tidak hangit.

Nasi ayam simple ini sedia untuk dihidangkan. Nasi ayam simple ni biasa dibuat oleh isteri saya untuk makan tengahari bersama keluarga. Sekarang anda tidak lagi perlu pergi kerestoran untuk menikmati nasi ayam, kerana anda boleh membuat sendiri di rumah. Sila cuba resepi mudah simple ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Masak Kicap Manis Kismis Paling Sedap dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply