Resepi Mee Goreng Ayam Mudah dan Paling Lazat

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Apa khabar rakana-rakan? Semoga dalam keadaan sihat senantiasa. Siapa yang suka mee goreng? Mee goreng sudah tentu sangat famous untuk kita semua. Makanan ni biasanya dihidangkan sebagai pilihan jika anda tidak suka makan nasi. Mee mungkin berasal dari China. Di negaranya, Hidangan ni yang paling sering dimakan ramai orang. Biasanya masak mee dengan cara-cara direbus atau digoreng. Buat masa ini saya akan cuba membuat resepi mee goreng ayam yang mudah dan paling lazat untuk anda. Ok, langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ni

Resepi Mee Goreng Ayam Mudah dan Paling Lazat

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Hijau Mudah dan Sedap Istimewa

Bahan-bahan

  • 500 gram mi kuning, cuci dan toskan
  • 1 keping dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub, cuci dan toskan
  • 5 pelepah sawi putih, cuci, toskan dan potong berasingan
  • 4 camca besar penuh sambal tumis
  • 2 camca besar sos cili
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 2 genggam taugeh, cuci dan toskan
  • 5 biji tomato ceri, potong kiub
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 1/2 camca besar kicap pekat
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Hirisan timun sebagai ulam
  • Hirisan daun bawang sebagai hiasan
  • Hirisan cili merah sebagai hiasan
  • Telur mata kerbau, sebagai hiasan
  • Belahan limau kasyuri

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan cili sos,
  2. Kacau rata dan masukkan ayam, kacau lagi dan masak sekejap. Tambah air.
  3. Masukkan batang sawi dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras. Kacau hingga hancur.
  4. Tambah kicap pekat dan gaul rata. Masukkan mi, sederhanakan api dan gaul mi tadi hingga mesra.
  5. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan daun sawi, tomato dan taugeh. Gaul sekejap hingga sayur2 tadi sedikit layu.
  6. Rasa dan jika ok matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan hidangkan bersama hirisan timun,
    belahan limau kasturi dan telur mata kerbau, jika suka.

Nyerrr… sedapnyee.. Mee goreng ayam yang lazat ni dah sedia dihidang. Mee goreng ayam ni biasanya dihidangkan untuk makan malam dengan keluarga saye di rumah. Mee goreng ayam ni memiliki rasa yang lazat yang membuat keluarga saye suka makanan ini. Sila cuba resepi mee goreng ayam ni di rumah. Jika anda suka, jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mecuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Stim Ala Cina Mudah dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply