Resepi Isi Ayam Masak Halia yang Sedap

resepiayamsimple.com – Semua ibu begini perlukan resepi yang mudah dan sedap. Resepi isi ayam masak halia ini amat sesuai untuk mereka dan untuk anak-anak yang tidak suka makan pedas.

Untuk memudahkan kerja memasak didapur, saya sarankan anda ‘stock up’ isi ayam didalam peti sejuk anda. Kalau ada isi ayam dirumah, bila masa ‘emergency’ tu bolehla masak isi ayam sebegini ataupun boleh dimasak paprik atau sebagainya.

Isi ayam frozen dan isi ayam yang fresh adalah berbeza dari segi rasa dan harga. Isi ayam yang fresh lebih ‘juicy’ dan lembut. Jika anda gunakan isi ayam yang frozen, jangan masak terlalu lama kerana ditakuti ayamnya akan menjadi keras. Isi ayam masak halia ini boleh dimasak mengikut kesesuaian bahan yang ada dirumah anda. Anda boleh tambahkan sayur celery atapun carrot untuk mencantikkan lagi juadah ini.

resepi isi ayam masak halia image

Baca jugaResepi Ayam Percik Pasar Malam Paling Simple and Sedap

Bahan-bahannya:

  • 250 gram isi ayam
  • 3 inci halia muda dipotong serong memanjang
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 -2 biji cili merah dipotong
  • Sedikit daun bawang dihiris halus
  • 1 sudu teh gula perang
  • 1 1/2 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit minyak dan lada sulah

Baca jugaResepi Ayam Percik Johor Paling Simple and Sedap

Cara membuatnya:

  1. Potong ayam nipis-nipis memanjang
  2. Campurkan putih telur,garam dan tepung jagung.
  3. Masukkan isi ayam kedalam campuran diatas dan gaul rata
  4. Panaskan minyak dan masukkan kesemua ayam
  5. Masak selama 30 saat ke 1 minit sahaja.
  6. Angkat ayam dan toskan
  7. Buang lebihan minyak tadi
  8. Didalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis halia sehingga wangi
  9. Masukkan cili merah, daun bawang dan isi ayam tadi
  10. Masukkan sedikit garam, cuka, gula perang, lada sulah dan minyak bijan
  11. Masak selama 1 minit dan kemudian bolahlah diangkat dan dihiaskan dengan taburan daun sup dan daun bawang

Inila resepi isi ayam masak halia yang lezat, saya harap semua faham dan dapat dijadikan pedoman masak di rumah. Selamat mencuba.. 😉

Pencarian Resepi:

Leave a Reply