Resepi Hati Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua. Apa khabar hari ni? Semoga healthy always. Hati ayam merupakan diantara bagian yang mudah dibuat resepi yang sedap. Diantara nya yang akan saya kongsikan berikut ni. Yap saya nak kongsikan resepi hati ayam masak merah. Untuk teman yang suka resepi masakan masak merah and bercili boleh cuba resepi satu ni. Kerana memang membangkitkan selera makan. Selain tu cili juga punya faedah untuk kesihatan. Oke langsung sahaja tengok bahan and cara-cara ya.

Resepi Hati Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :

Bahan A (diperap 1/2 jam)

  • 8-10 ketul hati ayam/Pedal
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan B (diblend halus tanpa air/ditumbuk)

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 10-12 biji cili padi
  • 1 camca teh lada putih

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Asli Indonesia Simple dan Sedap

Bahan C

  • sedikit minyak
  • 8-10 urat Kacang Panjang (di patah-patahkan)
  • 2 camca besar Sos Tiram
  • 2 camca besar Kicap Sotong atau boleh diganti dengan kicap cair
  • sedikit garam * jika perlu

Cara-Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hati sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan B. Masukkan sos tiram dan kicap sotong.
  3. Goreng dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak dan sambal hampir-hampir garing.
  4. Masukkan hati ayam dan kacang panjang. Perasakan dengan sedikit garam.
  5. Gaul gaul sebentar dan boleh diangkat. Untuk mengekalkan kerapuhan kacang panjang, tidak perlu digoreng terlalu lama.

Itulah resepi hati ayam masak merah. Resepi ni elok dihidangkan saat makan lunch or bekal keje. Elok pulak teman hidangkan saat makan petang. Selain sedap and lazat resepi yang banyak mengandung cili berfaedah untuk kesihatan. Faedah cili diantaranya.

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

Faedah Cili

1. Menurunkan Kadar Gula Darah
Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.

2. Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok
Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok.

3. Bertindak sebagai Terapi dan Penenang

Bukankah pelik, bagaimana benda yang sangat pedas tapi kita suka sangat makan sehinggakan tak boleh tiada. Ini sebenarnya adalah kerana endorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan, membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas. Sebab tu rasa seronok dan puas kalau dapat makan masakan yang ada cili lebih-lebih lagi kalau cili digigit mentah-mentah. kan? letak dalam budu ke, buat cili kicap ke… fuhhh…

4. Bertindak selaku antibiotik semulajadi

Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.

5. Bertindak sebagai antioksidan

Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

6. Melegakan selsema dan asma

Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga mengembangkan saluran udara paru-paru yang mengurangkan asma. Kalau rasa dada sempit dan seolah-olah asma sedang menyerang, cepat-cepat makan cili. Hehe.. 🙂

7. Cili Membantu Membakar Lemak

Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam!! Haaa…. kan dah dapat tips nak turunkan berat badan tu, dengan makan cili dalam diet anda.

Oke sekian entry resepi hati ayam masak merah. Semoga berfaedah untuk teman dan kesihatan teman and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Ayam Hutan Masak Kicap Mudah dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply