Resepi Hati Ayam Masak Kicap Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Saat saya pergi kepasar dan melihat ada yang menjual hati ayam, menjadi mengingatkan makanan kegemaran anak-anak saya di rumah, hati ayam masak kicap. Anak-anak saya benar-benar suka masakan hati ayam masak kicap ni, mungkin kerana rasanya manis dan lazat juga. Saya pernah sekali membeli hati ayam masak kicap di gerai-gerai makanan, tetapi hati ayam bau anyir, anak-anak tidak mahu makan. Kemudian ibu saya mengajar saya bagaimana cara membuat hati ayam masak kicap yang lazat. Resipi ini saya dapat dari ibu saya, saya akan berkongsi dengan anda resepi hati ayam masak kicap ni. Jom kita tengaok bahan-bahan dan cara membuat hati ayam masak kicap ni.

Resepi Hati Ayam Masak Kicap Paling Sedap

Baca juga : Resepi Rendang Ayam Paling Sedap Wajib Cuba

Bahan-bahan:

  • Hati ayam secukupnya
  • 2 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Kunyit
  • Minyak utk menumis

Bahan dihiris :

1 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili api
1 biji lada merah

Cara memasak:

  1. Garam dan kunyitkan hati ayam, panaskan minyak dan goreng hati ayam hingga masak.
  2. Angkat dan toskan minyak.
  3. Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Disebabkan tak ada cili kisar,
  5. Kak Bell ganti dengan sos cili je. Kalau guna cili kisar, masak sampai pecah minyak dulu, then baru masukkan kicap.
  6. Masukkan air asam jawa, kacau sebati dan didihkan seketika.
  7. Bolehlah masukkan hati ayam goreng tadi. Boleh tambah air kalau nak kuah banyak.
  8. Perasakan dengan garam, gula secukupnya dan sesuaikan rasa masam asam jawa.
  9. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan aduk rata sekejap.
  10. Bila rasa dah ok, bawang dah layu, bolehlah angkat dan dihidangkan.

Tips

  • Untuk cuci hati ayam, boleh gunakan asam keping dan garam untuk hilangkan hanyir. Ada juga yang rebus dahulu hati ayam dengan garam dan ada juga yang bersihkan dan cuci dengan limau kasturi. Ikut suka hangpa nak buat cammana yer.
  • Masa menggoreng hati ayam tu, mesti korang pun takut kalau minyaknya meletop-letop masa menggoreng kan? So, masukkan hati ayam tu semasa minyak separuh panas. Then, tutup dengan tudung periuk masa menggoreng. Bila hati ayam dah masak, kacau sekejap dan terus boleh angkat.

Hati ayam masak kicap memang mempunyai rasa yang lazat. Anak-anak saya selalu Tambah nasi jika makan menggunakan lauk hati ayam masak kicap ni. Pastilah kehabisan tidak ditinggalkan, hehee.. Kini anda boleh membuat hati ayam masak kicap ni di rumah anda. Hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam dengan keluarga anda. Mudah-mudahan resepi hati ayam masak kicap ni adalah bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat Mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Kurma Paling Sedap and Nikmat

Pencarian Resepi:

Leave a Reply