Resepi Ayam Percik Panggang Paling Sedap

resepiayamsimple.com –  Salam Sejahtera semua rakan. Selalu doa saya panjatkan buat rakan semoga healthy. Berjumpa sekali lagi dengan kami sentiasa memberi resipi ayam paling lazat. Buat masa ini kami akan berkongsi Resepi Ayam Percik Panggang Paling Sedap wajib cuba di rumah. Siapa yang tidak tahu ayam percik panggang? Rasa lazat dari ayam panggang memang yang amat disukai oleh ramai orang. Menu ini sangat sesuai untuk majlis berbuka puasa apabila datang bulan Ramadan. Banyak penjual di pasar malam yang menyediakan menu ini untuk dijual. Tetapi sekarang, tidak perlu membeli untuk mendapatkan ayam percik panggang ni, kerana anda boleh membuatnya sendiri di rumah. OK, let’s try :

Resepi Ayam Percik Panggang Paling Sedap

Baca juga : Resepi Ayam Kukus Halia Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dibersihkan)
    (cik kuali guna 3 ketul ayam “thighs legs”)
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam gelugur / asam keping
  • 2 sudu besar cili kisar / cili boh
  • 2 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jntan putih
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara :

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, jintan manis, jintan putih, ketumbar, halia, kunyit hidup, serai dan buah keras dengan air secukupnya. Kisar hingga halus semua bahan.
  2. Kemudian tumiskan bahan kisar. Tambahkan cili kisar. Tumiskan hingga pecah minyak atau garing
  3. Masukkan santan, sam gelugur, sedikit garam dan gula. Kacau rata hingga kuah mendidih.
  4. Tambahkan ayam yang telah dibersihkan kedalam kuah dan biarkan ayam 3/4 masak.
  5. Keluarkan ayam tadi dan susun diatas dulang pembakar. Kuah didalam kuali dimasakkan hingga sedikit pekat.
  6. Kemudian kuah dilumurkan pada ayam diatas dulang pembakar. Oven dipanaskan dalam masa 10 minit dengan suhu 200 darjah Celsius. Setelah oven panas, masukkan dulang pembakar dengan berhati-hati.
  7. Bakar selama 20 minit, kemudian dibalik-balikkan ayam dan tuangkan sedikit kuah lagi dan bakar selama 20 minit lagi.
  8. Setelah siap boleh dihidangkan.

Mudah dan lazat resepi ayam percik panggang ni. Resipi ini adalah tempat yang sesuai untuk makan bersama-sama berkhidmat dalam keluarga. Suami dan anak-anak pasti suka samapi seperti tidak berhenti makan, hehehee… 😀 Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Paling Sedap

Leave a Reply