Resepi Ayam Percik Madu Istimewa Wajib Cuba

resepiayamsimple.com –  Salam Sejahtera semua rakan. Selalu doa saya panjatkan buat rakan semoga healthy. Ayam percik madu adalah memang lazat. Ramai orang suka masakan ni. Semalam anak-anak mahu hidangan ayam yang khas. OK, saya Cari resepi di internet hidangan yang lazat. Akhirnya saya dapati resepi ayam percik madu ni. Ini tampak seperti sesuai untuk kanak-kanak. Saya cuba untuk membuat di rumah, dan anak-anak juga suka sampai habis tak bersisa. Sekarang tiba giliran anda cuba di dapur anda, lets try.

Resepi Ayam Percik Madu Istimewa Wajib Cuba

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Madu Terbaik dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 2kg ayam – dipotong 4 atau ikut suka
  • 3 cawan santan pekat – dari 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 camt gula – saya guna madu
  • 1 camt halba
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 5 batang serai
  • 1 biji bawang merah (saya pandai-pandai tambah..akakaa)

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan termasuk ayam ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana panas
  2. Kacaukan semua bahan sehingga sebati
  3. Masak sehingga ayam sederhana masak dan kuah tinggal sedikit
  4. Keluarkan ayam dan letakkan ke atas baking tray
  5. Bakar pada suhu 200C dan masak selama 20-30 min
  6. Sentiasa terbalikkan ayam supaya kedua2 belah ayam masak dan garing sekata
  7. Pastikan kuah sentiasa dikacau sehingga pekat
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi atau salad

note:
Ayam boleh juga digantikan dengan ikan tetapi tidak perlu dimasak bersama-sama dengan semua bahan. Ikan hanya sekadar dibakar/panggang dan percikkan kuah ke atasnya

Mudah and sedap jom. Ayam percik madu sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga. Di samping anak-anak yang suka ternyata suami saya juga suka, hehehee… 😀 Selain mempunyai rasa yang lazat, ayam percik madu adalah juga mudah membuatnya. Sila cuba di rumah resepi ayam percik madu ni dan memberikan sebuah hidangan istimewa untuk keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Buttermilk Mudah dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply