Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Indonesia

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua rakan. Semoga kesihatan selalu bersama rakan. Ingin mencuba hidangan dari luar negara? Anda mesti cuba ayam penyet Wong Solo. Hidangan ini adalah sangat popular di negara asal, Indonesia. Negara bersebelahan dengan Malaysia ni, sememangnya mempunyai ayam penyet wong solo yang sangat terkenal sampai ke negara kita. Solo merupakan sebuah city kecik di Pulau Jawa, Indonesia. Ayam Penyet Wong solo sememangnya mempunyai rasa yang khas. Ini adalah apa yang membuat hidangan ini menjadi popular dan juga disukai oleh ramai orang. Di Malaysia telah banyak restoran yang menyediakan menu ayam penyet ni. Tetapi anda tidak perlu pergi ke restoran untuk rasa ayam penyet wong solo ni, kerana sekarang saya akan berkongsi resepi ayam penyet wong solo ni untuk Anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya.

Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Indonesia

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Butter Paling Simple and Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan
  • ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Sambal

  • Segenggam cili padi merah
  • 3 ulas bawang putih
  • tepung jagung secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak

Bahan Untuk Nasi

  • 2 pot beras rendam selama 2 jam
  • Sehelai daun pandan

Bahan Untuk Sambal Terung

  • 3 biji cili merah*
  • segenggam ikan bilis*
  • tomato*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • air asam jawa
  • kicap
  • garam dan gula secukup rasa
  • terung panjang (belah 4, potong senget2)
  • minyak masak 4 sudu

Bahan Untuk Sambal Kicap

  • cili padi segenggam
  • 3 ulas bawang putih
  • kicap ABC saus manis

Bahan Lain- Lain

  • tempe (potong kecik2)
  • tauhu (kalau yg tebal tu, bahagi dua then potong segitiga.. so dapat 4)
  • daun salad
  • timun

Cara-cara menyediakan:

Untuk Ayam

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini
  3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Nasi

  1. kukus nasi dlm loyang wat kek yg bulat tu.. kalau ade mangkuk kecik2 yg peniaga nasi kukus wat tu lagi bagus..
  2. letak daun pandan dalam air kukusan.

Untuk Sambal

  1. tumbuk bawang putih sampai lumat… lepas tu masukkan cili padi.. tumbuk jugak tapi takyah lumat sangat…
  2. panaskan minyak..
  3. masukkan bahan yang dah tumbuk tadi..
  4. masukkan air tepung jagung (tepung jagung tu sikit je.tak perlu banyak sangat, nanti jadi cam gam)
  5. kacau2 and angkat.. xyah buh garam

Untuk Sambal terung

  1. tumbuk bahan bertanda *
  2. panaskan minyak
  3. masukkan bahan yang dah ditumbuk.. kacau2
  4. masukkan cili kisar.. masak sampai pecah minyak..
  5. taruk air asam jawa, garam, gula kicap..
  6. campurkan dengan terung yang dh digoreng

Untuk Sambal Kicap

  1. tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
  2. tuangkan kicap abc.. (jgn banyak sangat.. nanti cair.. kicap wong solo kan pekat.. kalau tercair, tambah balik bwg putih ngn cili padi biar balance balik)

Ayam penyet Wong Solo ini memang khas. Rasa ayam membuat semua orang penyet yang begitu ingin merasainya. Kini anda tidak lagi perlu ke restoran atau pun ke Indonesia tuk mencuba masakan yang lazat ni. Membuat hidangan istimewa ini untuk Makan tengah hari bersama keluarga anda tentu sangat istimewa. Mudah-mudahan resepi ayam penyet Wong Solo ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat Mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Mudah dan Paling Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply