Resepi Ayam Penyet Mudah dan Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua rakan. I hope you in healthy always. Siapa yang suka ayam penyet? Semua itu pasti suka. Ayam Penyet telah menjadi kegilaan dan lebih ramai orang sekarang ni. Menu masakan ni telah mula polpuler daripada beberapa dekad yang lalu. Ramai orang menganggap bahawa memasak ayam penyet adalah sukar, tetapi sekarang tidak lagi. Kami mempunyai resepi ayam penyet mudah dan paling sedap yang kami akan berkongsi kepada anda. Memasak ayam penyet adalah sangat mudah dan menyeronokkan. Jom kita tengok resepnya 😀

Resepi Ayam Penyet Mudah dan Paling Sedap

Baca juga : Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Ayam :

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
  • 1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • sedikit tepung beras untuk menyalut ayam

Bahan Untuk Sambal :

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah – ikut kepedasan masing2
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji bawang merah – dihiris
  • 5 biji tomato – dibelah 4
  • 3 biji bawang putih – dihiris
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara-cara Menyediakan

Cara Menyediakan Ayam Penyet :

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  3. Setelah perap semalaman,salutkan ayam dengan tepung beras.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.
  5. * simpan air rebusan ayam untuk buat sup,masak nasi * simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu

Cara Menyediakan Sambal :

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Perasakan dengan garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Cara Menyediakan Sup :

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
  2. Tambahkan bunga lawang,cengkih,kayu manis serta sup bunjut.
  3. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Cara Hidangan :

  • Hidangkan ayam penyet,tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
  • *Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Ayam penyet pula mempunyai rasa yang lazat. Hidangkan panas semasa hidangan untuk keluarga. Membuat ayam penyet ini tidak sukar dan agak mudah. Mudah-mudahan resepi ayam penyet mudah dan sedap ini berguna untuk anda. Janga lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mudah dan Lazat

Pencarian Resepi:

Leave a Reply