Resepi Ayam Penyet Asli Indonesia Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Satu lagi hidangan ayam khas Indonesia yang anda wajib cuba di rumah, ayam penyet. Ayam penyet Indonesia berasal dari kawasan Jawa Timur Indonesia. Masakan Ayam yang dihidangkan dengan sambal ayam penyet ini mempunyai rasa yang sedap. Di Malaysia, makanan ini sudah famous oleh ramai orang dan menjadi kegemaran bagi kebanyakan orang. Jika anda belum pernah merasai makanan ni, anda harus mencubanya. Anda akan merasa jika hidangan ini memang layak disukai ramai orang kerana memang benar-benar sedap, terutama dalam sambal ayam penyetnya. OK, buat masa ini saya akan berkongsi resepi ayam penyet Indonesia yang simple dan sedap. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Ayam Penyet Asli Indonesia Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Halia Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 6 ketul daging ayam.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1 sudu besar gula merah.

Bahan Untuk Perecah (Tumbuk atau Kisar)

  • 5 ulas bawang putih telah dikopek kulit.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.

Bahan Untuk Sambal Ayam Penyet

  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

Cara-Cara

Cara Membuat Ayam Penyet

  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.
  2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan.
  3. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam.
  4. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas.
  5. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam.
  6. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam.
  7. Permukaan ayam yang isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.
  8. Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal.
  9. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
  10. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.

Cara Membuat Sambal Ayam Penyet

  1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
  2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
  3. Masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
  4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
  5. Keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.

Ayam penyet memang sesuai untuk makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawan atau keluarga. Ini adalah satu hidangan ayam yang wajib anda cuba. Anda akan merasa sensasi rasa yang anda mungkin belum pernah dirasai sebelumnya. Sila cuba resepi ayam penyet Indonesia ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply