Resepi Ayam Paprik Campur Paling Istimewa dan Mudah

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah dah dekat raya. Kali ni saye nak kongsikan resepi ayam paprik campur. Saye kongsikan resepi ni kerana saye dah pernah buat ayam paprik campur walaupon hasil tak memuaskan but Alhamdulillah masih lancar update blog ni. Saye just kongsi pengalaman pasal masak memasak untuk teman yang tak tahu cara buat resepi ayam paprik campur. Buat teman yang dah tahu cara buat boleh lah berkongsi dengan saya lewat komentar. Oke langsung sahaja tengok resepi bahan and cara-cara yer.

Resepi Ayam Paprik Campur Paling Istimewa dan Mudah

Bahan-bahan :

  • sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit kicap manis/masin
  • sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)

Cara-cara :

  1. Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau.
  3. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
  6. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
  7. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Untuk nasi teman bisa cuba nasi tomato, nasi minyak or nasi kerabu. Saye nak kongsikan sahaja salah satu resepi nasi minyak aj yer.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Paprik Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa dan Bersahur

Nasi Minyak

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)

  • 2 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan (sue menggunakan cawan seperti dalam gambar dibawah)
  • *Kalau menggunakan beras wangi jangan direndam. Cuci sahaja dan toskan*

Bahan A

  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 5 kuntum cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 bunga lawang
  • 1 sdm minyak sapi/ ghee
  • 11/2 sdm minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar saiz sederhana – hiris nipis
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • 1 batang serai – ketuk

Bahan kisar halus

  • 5-6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan B

  • 1 3/4 – 2 cawan air (guna cawan yang sama menyukat beras) bergantung pada kualiti beras. Kalau beras yang sue guna air dikurangkan.
  • 1 sdm sos tomato + 1/2 sdm sos cili
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1/3 sdt gula pasir

Bahan C

  • 3/4 cawan susu cair

Bahan D

  • Kismis kuning/ hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan bahan-bahan untuk menumis.
  2. Tumis bahan A sehingga bawang layu. (sue tak ada daun pandan) Ianya untuk mewangikan tumisan dan nasi.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga kuning dengan api sederhana.
  4. Masukkan bahan B dan rasa perisa secukupnya. Biarkan air mendidih sekejap.
  5. Tuang bahan C dan kacau sebati dan mendidih dalam 1-2 minit.
  6. Salin bahan yang telah di masak tadi kedalam periuk nasi.
  7. Masukkan beras dan kacau sebati. Tutup tudung periuk dan masak seperti masak nasi biasa sehingga bertukar ‘keep warm’.
  8. Buka tudung periuk, carik nasi dengan garpu dan tabur bahan D. Tutup semula tudung periuk dan tekan lagi butang cook. Biarkan ianya masak lagi sehingga bertukar kepada keep warm dan masak sepenuhnya.

Oke sekian entry resepi ayam paprik campur ni. Teman shud try ya at home. And jangan lupa berkkongsi bersama saye kat kolom komentar. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : 5 Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Paling Sedap Untuk Hidangan Hari Raya

Pencarian Resepi:

Leave a Reply