Resepi Ayam Pandan Thai Istimewa

resepiayamsimple.com – Resepi Ayam Pandan Thai yang memang harum aromanya dan sangat sedap, hasil dari balutan daun pandan segar dan bahan perapan. Resepi ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai yang boleh didapati resepinya di sini. Ayam dipotong kecil-kecil dan diperap bersama bahan kisar serta bahan-bahan lain. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Terdapat berbagai-bagai versi resepi Ayam Pandan Thai, tetapi bagi saya resepi ini cukup sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok sahaja bila digorengkan bersama balutan daun pandan. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.

resepi ayam pandan thai istimewa picture

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Kelantan Mudah dan Sedap

Masa:

Penyediaan: 45 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
  • sedikit garam
  • daun pandan saiz besar secukupnya
  • bilah pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Sedap dan Mudah

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam toskan seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
  3. Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Tips

  • Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus lebih hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
  • Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
  • Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan.

Selamat mencuba resepi istimewa ini 😉

Leave a Reply