Resepi Ayam Masak Paprik Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa dan Bersahur

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman sihat selalu. Apabila datang bulan puasa, menikmati makanan yang lazat untuk berbuka puasa atau bersahur pasti adalah sesuatu yang kita mahu. Terdapat begitu banyak makanan yang punya rasa lazat, tetapi mungkin membuatnya akan mengambil masa yang lama. Bilakah bebuka puasa, kita memerlukan makanan yang paling lazat dan mudah untuk membuatnya. Masakan yang berasal dari Thailand ini sesuai untuk hidangan berbuka puasa atau bersahur. Ayam masak paprik memiliki rasa yang sedap dan juga mudah untuk membuatnya. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi ayam masak paprik yang paling sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Ayam Masak Paprik Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa dan Bersahur

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Putih – Menu Istimewa Untuk Majlis Berbuka Puasa

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Paprik

( untuk 2 orang )

  • 1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
  • 1 ½ inci carrot (dipotong)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil minyak untuk menumis
  • 2 helai daun limau purut

Cara Memasak Ayam Masak Paprik

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
  5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
  8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Tips

  • Untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
  • Untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Masakan yang punya rasa pedas, masam dan aroma yang sedap membuat ayam masak paprik yang disukai oleh ramai orang. Selain mempunyai rasa yang lazat, ayam masak paprik juga mudah dan cepat untuk disediakan. Hidangkan ayam masak paprik ini untuk berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Jika untuk seharian yang normal, hidangan ini adalah juga sesuai untuk makan tengahari atau makan malam. Sila cuba resepi ayam masak paprik ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat Mencuba 😉

Baca Juga : Ayam Masak Merah Resepi Mudah dan Sedap Untuk Menu Berbuka Puasa

Pencarian Resepi:

Leave a Reply