Resepi Ayam Masak Merah Peanut Butter Mudah dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar? Berasa lama tak update ni blog. Harap maklum kerana ada raya kemarin. Saye nak tanya sebelum saye entry artikel.. Dah kemana ja holiday raya ni? Boleh lah bercerita sikik pasal holiday or resepi yang teman jumpai. Kesempatan ni saye nak entry resepi ayam masak merah peanut butter. Kenape? Kerana memang sedap gilak ayam masak merah gaul dengan mentega. Saye awal jumpa resepi ni di rumah teman saye. Saat tu teman hidangkan ayam masak merah ni and rasanya sedaaap nyerrr. And saya pon berkongsi dengan teman pasal bahan and cara cara. And saye cuba berapa kali hasil pon tak mengecewakan. Oleh itu saye nak kongsikan spesial untuk teman. Oke la tengok bahan and cara-cara kat bawah ni.

Resepi Ayam Masak Merah Peanut Butter Mudah dan Sedap

Sediakan bahan :

  • 500g daging ayam – potong kecil
  • sayur-sayuran (ikut selera – saya guna lada benggala, lobak merah, kacang panjang, broccoli)
  • 4 helai daun limau purut hiris halus
  • segenggam daun ketumbar

Bahan tumisan :

  • 1 biji bawang besar hiris
  • 4 ulas bawang putih cincang kasar
  • 2 inci halia hiris nipis
  • 3 batang serai dititik
  • 5 biji cili padi potong kasar
  • 3 batang akar ketumbar

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Mat Gebu Mudah dan Sedap

Bahan sos :

  • 3/4 cawan (atau lebih kurang 4-5 sudu besar) mentega kacang kasar (chunky/crunchy peanut butter)
  • 1 cawan air
  • 5 sudu besar sos ikan (fish sauce/nampla)
  • 2 sudu besar madu
  • perahan jus dari satu biji limau nipis
  • garam dan lada hitam secukupnya

Cara-cara Membuat :

  1. Goreng potongan ayam dalam sedikit minyak hingga masak. Alihkan.
  2. Goreng sayur-sayuran sehingga separuh masak. Alihkan.
  3. * Saya suka goreng dulu ayam dan sayur-sayuran untuk senang nak dapatkan tahap masak yang saya suka.
  4. Buat sos. Tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan mentega kacang, air, sos ikan, madu, jus limau, garam dan lada hitam secukupnya. Masak sehingga sos pekat, tambahkan air secukupnya (ikut nak kuah banyak mana) dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan semula ayam dan sayur-sayuran. Gaul sehingga sos rata. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
  6. SIAP! makan lah dengan nasi hehee..hidangan seimbang, cukup dengan sayur semua. masak satu lauk cukup.

Mudah benar resepi ni. Pantas la teman cuba at home. Resepi ni pantas dihidangkan saat makan siang or petang. ELok pulak teman sediakan as a bekal anak sekolah or work your hubby. Jangan lupa yer berkongsi dengan saye kat kolom comment. Oke sekian resepi ayam masak merah peanut butter ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Chef Wan Istimewa dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply