Resepi Ayam Masak Merah Mat Gebu Mudah dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Kembali lagi bersama saye yang sudi berkongsi resepi dengan teman. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi ayam masak merah mat gebu versi saye. Kenape versi saye? kerana versi saye adalah variasi from ayam masak merah original. Teman siapkan bahan bahan utama and bahan lain. Pastu teman cuba baca cara memasak yer. Oke lah tanpa banyak cakap saye kongsikan sahaja resepinya. Tengok jom.

Resepi Ayam Masak Merah Mat Gebu Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Ayam Masak Merah Mat Gebu

Bahan-bahan Utama :

  • 1 ekor ayam (dipotong 12)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
  • 5 biji bawang merah )
  • 3 biji bawang putih ) ditumbuk
  • 1 in. halia ) rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 sudu makan tomato puree
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 cawan susu cair garam dan gula secukup rasa serbuk perasa (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Paprik Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa dan Bersahur

Bahan Lain :

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang

Cara-Cara Memasak :

  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  4. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  5. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  6. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  7. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  8. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.

Nota
Ayam masak merah mat gebu ini mmg tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja, sebab itu memerlukan minyak yg lebih sedikit untuk menumis.

Sedap yer. Mana mudah. Hidangan ni biasa saye hidangkan at makan petang. Pantas pulak teman hidangkan masakan ni at majlis dalam rumah. Oke sekian entry resepi ayam masak merah mat gebu ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Ayam Paprik Campur Paling Istimewa dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply