Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Mudah dan Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar hari ni? Semoga sihat selalu. Kali ni saye nak kongsikan entry resepi masakan ayam kicap. Memang famous benar ayam kicap ni. Variasi pon banyak. Teman bisa jumpai resepi kicap kat kedai pasar malam. Niat hati saye nak kongsikan variasi ayam masak kicap iaitu resepi ayam masak kicap pedas. Buat teman yang tak gemar makan pedas boleh search resepi lain di blog ni. Saye kkongsikan resepi ayam masak pedas ni kerana saye have a sodara yang gemar kali makan pedas. Oke la tanpa banyak cakap langsung sahaja saye kongsikan resepi pedas tu. Tengok jom.

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Mudah dan Paling Sedap

Bahan-Bahan

  • Ayam – lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/benggala – hiris
  • 1 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
  • 1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
  • Daun sadri/daun bawang – hiris
  • Susu pekat manis
  • Lada hitam – tumbuk kasar
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga

Bahan Sos

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Halia Mudah dan Wajib Cuba

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 labu bawang besar

Cara-cara Masak Ayam Masak Kicap Pedas

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam bersama ubi kentang goreng. Gaul seketika sebelum tutup api.

mmm Sedap and pedas nyerr. Masakn pedas ni pantas dihidangkan saat berbuka puasa or sahur. Agaknya untuk pembuka selera makan. Pasti teman yang gemar makan pedas nak nambah lagi and lagi. Actualy makan masakan pedas pon banyak faedah antara nye :

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Chef Wan Wajib Cuba

Faedah or Kebaikan Makan Masakan Pedas :

  1. Melancarkan pernafasan
    Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.
  2. Menjaga mood
    Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
  3. Mencegah Kanser
    Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.
  4. Memperbaiki fungsi penghadaman
    Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
  5. Menghilangkan Gejala Selsema
    Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.
  6. Menyihatkan jantung
    Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
  7. Turunkan berat badan
    Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung. Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.
  8. Menurunkan tekanan darah
    Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Oke sekian entry resepi ayam masak kicap pedas ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Ayam Kicap Berkuah Kegemaran Hari Raya Aidilfitri

Pencarian Resepi:

Leave a Reply