Resepi Ayam Masak Kicap Halia Mudah dan Wajib Cuba

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman sihat selalu. Entry ni saye nak kongsikan menu petang ahad lalu iaitu resepi ayam masak kicap halia. Lerana siang tu anak and my huby ingin makan masak halia so saye as a ibu suri tauladan nak buat buat my family. Actually saye dah sering cuba masak masakan ni and alhamdulillah hasilpon tak mengecewakan. Hidangan masakan halia saye always tak berbekas. hehe… Awal mula saya cuba resepi ni from cik amik sebelah rumah. Beliau tesch me how to make a great masakan. Hasil awal pon selalu mengecewakan. But saya tak patah semangat saye keep try and try til now. Macam mana ni nak berkongsi nak malah tell my story. Oke spesial buat teman saye nak kongsikan resepi. Tengok bahan-bahan and cara penyediaan jom.

Resepi Ayam Masak Kicap Halia Mudah dan Wajib Cuba

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (ikut suka)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Chef Wan Wajib Cuba

Cara Penyediaan :

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang.
  3. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  4. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

mmm sedap nyerr. Buat teman yang mahu variasikan resepi ni bisa cuba variasi nasi like a nasi minyak or nasi temasik. Saye nak kongsikan resepi nasi tu kat bawah.

Baca Juga : Resepi Ayam Kicap Berkuah Kegemaran Hari Raya Aidilfitri

Bahan-bahan Nasi Minyak

  • 7 cawan* beras basmathi
  • 1 cawan ghee (minyak sapi)
  • 4 sekawan – utk menumis
  • 4 ulas bawang putih -hiris halus
  • 10 ulas bawang merah – hiris halus
  • halia – sebesar ibu jari tgn – hiris halus
  • segenggam gajus – digoreng kekuningan
  • segenggam raisins – digoreng smpai gelembong
  • 10 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan – utk mewangikan nasi
  • secubit koma koma (saffron)-kalau tak ada pun takpa
  • susu cair ½ cawan
  • susu masam (tairu)½ cawan
  • pewarna kuning – kalau kt kedai India, tanya utk nasi beryani
  • (*cawan = cawan pot nasi yg biasa tu)

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Noxxa Paling Sedap wajib Cuba

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris bawang beserta 4 sekawan sampai berbau harum.
  2. Masukkan air , hirisan halia, tairu, daun pandan dan garam sekucup rasa (biar kurang garam takpa) tunggu air hingga mendidih masukkan beras dan kacau rata .
  3. Tunggu sehingga air hampir nak kering (sehingga nasi separuh masak-macam biji limau), kecil kan api cepat cepat.
  4. Kemudian masukkan pewarna sedikit + dgn susu cair tadi (3 sudu je) caranya…buat 3-4 lobang dan curahkan pewarna tadi tu sikit2..masukkan..ulanglah sampai abis…taburkan
  5. koma-koma kt atas nasi.
  6. Tutup periuk nasi rapat2 dengan daun pisang supaya haba tak keluar dan taruh pemberat atas tudung periuk eq lesong batu ke, batu bata ke. Jaga api, biar ia kecil,kalau tidak hangit.
  7. Setelah masak,taburkan bawang goreng,kismis goreng & gajus goreng tadi semasa nak menghidang.

Nota :
Tapi kalau pakai rice cooker letrik pun boleh, tumis bahan2 tu dalam kuali , kemudian masuk dalam rice cooker, masuk air , tairu, daun pandan, garam seperti biasa. Bila nasi dah nak masak baru masuk pewarna & bawang goring.

Oke bertambah sedap nyerr dengan nasi minyak. Buat teman first time cuba resepi ni dont give up. Cuba selalu and semoga berbalas hasil maksimal. Oke sekian entry resepi ayam masak kicap halia ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Simple yang Paling Sedap

Pencarian Resepi:

2 Comments

    • admin

Leave a Reply