Resepi Ayam Masak Kicap Black Pepper Mudah dan Istimewa

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar hari ni? Masih berpusing search pasal resepi? Saye disini will heal your berpusing. Yap Niat hati nak kongsi resepi untuk teman. Saye nak kongsikan resepi ayam masak kicap black pepper or resepi ayam masak kicap lada hitam. Actually resepi tu adalah sama. Beza nya kat penamaan sahaja. Biasa la orang melayu tu. Masakan sangat mengena di tekak. My family pon favorite kan masakn ni antara yang lain. So buat teman yang sedang belajar pasal masakan you can try this recipe at home. Oke tanpa banyak cakap langsung sahaja saye kongsikan resepi black pepper or lada hitam tu. Tengok Jom.

Resepi Ayam Masak Kicap Black Pepper Mudah dan Istimewa

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 2 biji cili hijau, belah 2
  • 1 biji cili merah, belah 2
  • 2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1/2 inci halia, hiris
  • 1/3 cawan kicap manis
  • 2 camca besar sos lada hitam
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Baca Juga : 5 Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Paling Sedap Untuk Hidangan Hari Raya

Cara-cara Membuat :

  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan…

Mudah and sedap bukan. Hidangan ni pantas di hidangkan at luch. Elok pulak teman sajikan at majlis majlis yang diselenggarakan di rumah. Oke sekian entry resepi ayam masak kicap black pepper or resepi ayam masak kicap lada hitam. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Mat Gebu Mudah dan Sedap

Leave a Reply