Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mudah dan Lazat

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Semoga rakan selalu sihat tak kurang sesuatupun. Ayam lagi…ayam lagi, resepi ayam memang tak ada habisnya. Saya dan keluarga saya adalah peminat setia ayam, jadi saya mencipta blog ini. Ayam masak kicap merupakan salah satu kegemaran keluarga saya. Campuran ayam dan kicap menghasilkan rasa yang lazat. Terdapat pelbagai jenis hidangan ayam kicap, kali ini saya akan kongsikan Resepi Ayam Masak Kicap Berempah mudah dan lazat. Selain memasak resipi ni mudah, ayam masak kicap juga mempunyai rasa yang lazat. OK, saya akan kongsikan resipi di bawah ni:

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mudah dan Lazat

Baca juga : Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Mudah dan Sedap

Bahan Perap

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
  • Garam dan kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk kari

Bahan Lain

  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air-jadikan pes)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • Cili merah (hiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak

Cara-Cara

  1. Ayam dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit dan gaulkan dengan serbuk kari.
  2. Goreng ayam hingga masak.Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga garing.
  4. Masukkan daun kari dan juga serbuk kari tumis sekejap hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan sos.
  6. Kacau sekejap (kalau nk berkuah boleh letak sedikit air)
  7. Masukkan ayam gaul mesra dengan rempah tumisan.
  8. Masukkan hirisan bawang dan cili merah.
  9. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu) Dah siap.Tutup api.
  10. Sedia untuk dihidang.

Ayam masak kicap berempah sangat popular oleh kanak-kanak. Anak-anak pasti tak kan tolak lauk ni. Resipi ini adalah sangat sesuai untuk bekalan. Makan tengahari atau makan malam ini juga sangat sesuai untuk menu makanan ni. Di samping itu, ayam dengan kicap berempah juga hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa. Jangan risau, resepi ayam masak kicap berempah ni adalah mudah dan lazat. Anda boleh pasti membuat sendiri di rumah. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Ayam Buttermilk Mudah dan Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply