Resepi Ayam Masak Kari Pekat Sedap dan Mudah

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman selalu sihat wal afiat. Kembali lagi dengan saya yang tak pandai masak tapi sudi berkongsi resepi dengan teman semua. Walau tak pandai tapi masakan saya selalu habis tak bersisa. Kali ni saya nak cuba kongsikan resepi ayam kari pekat. Resepi ni sikik berbeza dengan resepi ayam masak kari biasa kerana kuah lebih pekat and sedap nyerr. Bahan pon sikik berbeza. Oke la langsung sahaja saya kongsikan resepi nya. Jom semak

 

Resepi Ayam Masak Kari Pekat Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :

  • 10 ketul daging ayam
  • 6 sudu makan serbuk rempah kari ayam / daging
  • 2 biji tomato – cincang 2 biji kentang – belah 2
  • 200ml susu cair
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3 pelepah daun kari – lurutkan,
  • 2 pelepah digoreng hingga layu dan keluarkan dari kuali, toskan & ketepikan
  • 1 cawan air
  • minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Biasa Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Tumisan :

  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • 2cm halia – hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara-cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga wangi.
  2. Perlahankan api, dan masukkan tomato cincang serta serbuk rempah kari dan 1 pelepah daun kari (lurutkan). Tambahkan sedikit air. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan daging ayam, & kentang. Biarkan seketika sehingga air ayam keluar.
  4. Masukkan 1 cawan air dan masak daging ayam sehingga hampir empuk.
  5. Masukkan susu cair dan perlahankan api supaya terbit minyak.
  6. Setelah daging ayam masak, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan jus limau nipis. Kacau seketika supaya sebati.
  7. Taburkan daun kari yang telag digoreng tadi di atas masakan.
  8. Tutup api dapur.

Itulah bahan-bahan ayam masak kari pekat. Resepi ni saya hidangkan saat tengah hari untuk lunch bersama anak. Boleh pulak teman hidangkan untuk suami sepulang bekeja. Elok pulak teman hidangkan dalam majlis dirumah. Oke sekian entry resepi ayam masak kari pekat ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

Pencarian Resepi:

Leave a Reply