Resepi Ayam Masak Kari Ayam Paling Sedap and Lazat

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua kawan terbaik. Maaf yer sikit lambat update blog ni kerana keje yang super sibuk. But kali ni saya dah siap utk berkongsi again. Kali ni saya nak kongsikan resepi ayam masak kari ayam yang sedap menyelerakan tu. Untuk kawan penikmat kari ayam boleh cuba resepi ni. Awal mula sediakan bahan at home. Jika takde boleh cari ke pasar. Lebih jelas cuba semak bahan-bahan and cara cara masak kari ayam bawah ni yer. Jom semak

 

Resepi Ayam Masak Kari Ayam Paling Sedap and Lazat

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam saiz besar
  • 4 biji kentang – potong 4
  • 2 – 3 biji tomato – belah 2
  • 4 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar saiz besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • santan dari sebiji kelapa, asingkan santan pekat & santan cair
  • 4- 5 sudu besar rempah kari Babas
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Stim Ala Cina Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Kisar :

  • 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama daun kari, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk rempah kari dan terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah nampak terbit minyak. Semasa mengacau, jika nampak rempah agak kering, boleh tambah sedikit minyak masak.
  3. Kemudian masukkan ayam , kacau sebati dan masak sehingga ayam kecut.
  4. Kemudian masukkan santan cair, tomato & kentang.
  5. Terus masak dengan api perlahan selama 10 minit.
  6. Kemudian masukkan santan pekat, cili hijau yang dipatah dua dan kiub ayam.
  7. Kacau sebati, tambah garam jika perlu & renihkan sehingga pecah minyak & kentang empuk.
  8. Sedia dihidangkan.

Hurrmmm. Sedap terbaik. Resepi ni memang jadi kegemaran banyak rakyat Melayu kerana kesedapan and kelezatan nya. Oleh itu saya kongsikan pulak disini. Untuk teman yang nak try boleh cuba and share this resepi at your social media. Oke sekian kongsi resepi ayam masak kari ayam simple ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kuah Ayam Percik Sedap Istimewa dan Mudah

Leave a Reply