Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Siapa yang tidak tahu ayam masak halia? Resepi sering kita dapati dalam negara Malaysia. Halia mungkin lebih dikenali kepada kami sebagai pembuat minum warmers badan, tetapi ia ternyata bahawa halia juga boleh menjadi bahan masakan ayam yang lazat. Ayam masak halia sering kita temui di sebuah restoran di negara Malaysia ini. Terdapat pelbagai jenis resipi ayam halia, kali ini saya akan berkongsi salah satu resipi ayam halia yang mempunyai ramai peminat, resepi ayam masak halia berkuah simple dan sedap. Ayam halia masak ramai peminat kerana rasanya yang lazat. Ok, jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Simple dan Sedap

Baca juga : Resepi Paprik Ayam Simple dan Sedap

Bahan-bahan:

  • dada ayam – dipotong kecil
  • 8 biji cili padi – diketuk atau dibelah 2
  • 1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah – diblender
  • 1/2 lobak merah – dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besarnya – dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih – diblender
  • 1 biji bawang besar – dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia – hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala – dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara Memasak :

  1. Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  3. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
  4. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
  5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas.

Ayam masak halia berkuah selain mempunyai rasa yang sedap juga mempunyai banyak manfaat untuk badan kita, seperti menambah berat badan, memanaskan perut dan sebagainya. Kini anda boleh membuat ayam halia masak berkuah di rumah tanpa perlu pergi ke sebuah restoran. Mudah-mudahan resepi ayam masak halia berkuah simple dan sedap ini berguna untuk anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Ayam Percik Pasar Malam Paling Simple and Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply