Resepi Ayam Masak Cili Kering Sedap

resepiayamsimple.com – Apa khabar warga bloggers? Mommy cantik blogger sihat? Terima kasih kerana masih setia bersama resepiayamsimple.com tim. Inilah dia menu yang ditunggu-tunggu emak yaitu Resepi Ayam Masak Cili Kering, nengok pun dah terliur plak pepagi nih haishhhh perut dok diam2 xmo munyik2, lempang nak gemuk nanti makan nasi pepagi hehe 🙂 mari kita buat bersama..

ayam cili kering picture

baca juga: Resepi Ayam Percik Madu Istimewa Wajib Cuba

Bahan-bahan ( Sesuai untuk lunch atau dinner )

  • Dada ayam – hiris tipis
  • 7 tangkai cili kering (rendam dgn air panas)
  • 1 biji bawang besar – Hiris besar2
  • 2 biji bawang merah – potong setengah
  • 1 biji bawang putih – hiris tipis
  • Buah Gajus
  • Sedikit halia – hiris tipis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit tepung jagung/gandum
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit kicap pekat manis
  • Sedikit serbuk lada sulah

baca juga: Resepi Nasi Ayam Madu Terbaik dan Sedap

Cara-cara

  1. Perapkan isi dada ayam yg di hiris tipis bersama dgn sos tiram & tepung jagung.
  2. Tumis bawang & halia sampai naik bau, masukkan ayam yg di perap tadi,goreng sekejap & masukkan pula kicap pekat manis,garam,lada sulah &serbuk perasa,gaul & biarkan sebentar..
  3. Masukkan cili kering & goreng sebentar.
  4. Bancuh sedikit tepung jagung bersama sedikit air & tuang dlm masakan, gaul & biarkan sampai pekat sedikit.
  5. Matikan api & hidangkan panas2 bersama nasi.

Tadaa… So macam ini lah AYAM MASAK CILI KERING kita, sedap kalau makan dengan nasi dan sayur. Nak tambah daun bawang pun oke..ikut selera masing-masing.
Selamat mencuba

jangan lupa share mommy cantik.. 😉

Leave a Reply