Resepi Ayam Hutan Masak Kicap Mudah dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua teman. Jumpa lagi dengan saye yang sudi berkongsi resepi dengan teman. Sedap! itu sahaja yang boleh dikata untuk resepi yang akan saye kongsikan kali ini, Ayam Hutan masak kicap. Suami bawa balik 2 ekor ayam ini pemberian kawan beliau. Oke Update kali ni saye nak kongsikan resepi ayam hutan. Ayam Hutan pon banyak macam and jenis nya. Ada ayam hutan masak merah and masak kicap. Kerana saye ingin masakan manis so saye kongsikan ja resepi ayam hutan masak kicap. Buat teman yang tak suka manis tak perlu baca post ni. Search ja resepi ayam yang lain kat sini. Oke langsung sahaja yer saye kongsikan resepi tu.

Resepi Ayam Hutan Masak Kicap Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam hutan (kita tukar ayam bandar) perapkan dengan garam, kunyit dan halia seketika.
  • Minyak untuk menggoreng
  • * Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu

Bahan tumbuk

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inc. sedikit halia
  • 2 batang serai ketuk

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Peanut Butter Mudah dan Sedap

Bahan lain-lain

  • 2 sudu besar cili boh
  • 4 sekawan (1 setiap jenis)
  • 2 ulas bawang besar – hiris
  • 1 biji cili besar – belah dua
  • 1 biji tomato – belah empat
  • 1 cawan kicap manis (selalu guna kipas udang/ jalen)
  • sedikit air
  • gula, garam dan perasa

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili boh dan tumis hingga cili masak.
  2. Masukkan 4 sekawan, kicap, air, perasa dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.
  3. Masak hingga pekat atau mengikut pekat kuah yang dikehendaki. Kalau suka yang berkuah boleh tambah air dan kicap.
  4. Sebelum tutup api, masukkan bawang hiris, cilli dan tomato.

Itulah resepi ayam hutan masak kicap. Masakan ni elok dihidangkan saat makan siang or makan petang. Teman shud try at home yer. kerana memang lembut and sedap resepi ni. Selain tu resepi ni sangat cocok untuk semua kalangan rakyat. Mulai dari anak dewasa sampai cik gu. Oke sekian entry resepi ayam hutan ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Perak Mudah dan Paling Sedap

Leave a Reply