Resepi Ayam Grill Mudah dan Sedap Terbaik

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua kawan. Semoga kesihatan selalu bersama kawan semua. Update kali ni saya nak kongsi resepi ayam grill yang sedap tu. Resepi ayam grill or korang sebut resepi panggang ni actually banyak variasinya. Ada resepi ayam grill madu, resepi ayam grill blackpapper etc. Untuk penggemar nasi grill sila tengok resepi dibawah untuk cuba. Kerana resepi ni memang menjadi kegemaran ramai rakyat Melayu. Untuk kawan yang nak cuba sila sedia bahan yang mudah diperoleh dipasar. Selain itu recomended pilih ayam yang fresh supaya menambah kelazatan ayam saat di grill. Oke langsung sahaja semak resepi nya.

Resepi Ayam Grill Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan (Ayam Grill)

  • 2 Potong Dada Ayam
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Black Pepper
  • Sedikit Mix Herbs
  • Sedikit Minyak Zaitun

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Pengantin Paling Sedap

Bahan-Bahan (Sos Black Pepper)

  • 1 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
  • 1 Biji Bawang Merah (Ditumbuk)
  • 3 Sudu Sos Black Pepper
  • 3 Sudu Kicap
  • 1 Sudu Sos Cili
  • 1 Sudu Teh Tepung Jagung
  • Garam Secukup Rasa
  • Air Secukupnya
  • Minyak Untuk Menumis.

Cara-Cara (Sos Black Pepper);

  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan sos black pepper, kicap dan cili kacau sehingga sebati.
  • Masukkan air dan air bancuhan tepung jagung, kacau sebati sehingga pekat.
  • Masukkan garam secukup rasa.

Baca Juga : Resepi Paprik Ayam Ala Thai Paling Sedap

Sayur Carrot Cendawan;

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah blend dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan carrot yang telah disagat kedalamnya dan kacau rata sehingga carrot lembut.
  3. Masukkan cendawan yang telah dicarik dan sedikit garam, kacau lagi sehingga masak.

Mash Potato / Kentang Lenyek.

  1. Rebus kentang yang telah dibuang kulit sehingga lembut.
  2. Lenyekkan dengan garpu dan sudu sehingga hancur.
  3. Masukkan sedikit susu segar (jika ada) dan lenyek hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit garam dan mix herbs, gaul lagi sampai jadi.

Hurmm sedap terbaik. Resepi ni sangat elok dihidangkan saat penghujung minggu. Cuba buat dengan family pasti menambah keakraban antar family. Oke sekian kongsi resepi ayam grill sedap terbaik ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup dan Mudah

Leave a Reply