Resepi Ayam Goreng Rangup yang Lezat dan Gurih

resepiayamsimple.com – Hari ni cuti jadi kena buat breakfast utk anak-anak, dah lama tak buat chicken anak-anak favourite jadi hari ni aku try buat cara lain sikit yaitu Ayam Goreng Rangup. Selalunya saya pakai tepung gamdum dan serbuk kari sikit anak-anak pun suka.

Seperti biasa, pada anak anak, kalau tak ada ayam seperti tak ada lauk. Jadi walaupun dah disediakan kari ikan dan sambal tumis udang, saya rasa perlu di masak satu lauk berasaskan ayam. Saya mencadangkan supaya dibuat ayam goreng rangup yang biasa dia masak di Home.

ayam goreng rangup

Silakan ikuti langkah-langkah saya di bawah ini agar hasilnya wow lezat 😉

BAHAN-BAHAN:

(Bahan perapan ayam)

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil
  • 7 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 2 sudu teh garam
  • Secubit soda bikarbonat
  • Secubit serbuk perasa
  • Sedikit air

(Bahan untuk tepung salut):

  • 2 cawan tepung jagung
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu bersar serbuk cili (jika mahu)
  • Garam secukup rasa
  • Secubit soda bikarbonat
  • 1 biji telur

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Perap Simple dan Lezat

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 1-2 jam.
  2. Kemudian pukul telur di bekas lain dan golekkan ayam di dalamnya.
  3. Masukkan bahan untuk tepung salut dalam bekas dan gaul sebati. Kemudian salutkan ayam dengan tepung.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan kuning keemasan.

Note: Untuk memastikan ayam anda masak, tutup kuali seketika dan biarkan api sederhana. Ia akan memastikan isi ayam masak tetapi lembut dan berjus.

Kelemahan resepi ayam goreng rangup ni ilah bila sejuk dah tak garing, jadi hanya sesuai makan panas-panas okey.. jangan biarkan dingin supaya terasa lezat dan gurih.
Selamat mencuba resepi yang sihat ni 🙂

baca juga: Resepi Ayam Penyet Mudah dan Paling Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply