Resepi Ayam Goreng Kunyit Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com – Keluarga saya sangat suka mencuba resipi masakan baru yang sedang popular. Saya selalu membeli majalah-majalah resipi dan sering membaca blog resipi dari cina, singapura, brunei, dan indonesia. Resepi ayam goreng kunyit ini memang simple dan sedap. Sesuai dihidangkan bersama sambal belacan, pasti tambah lazat. Setelah saya cuba memasak banyak macam masakan saya menjadi lebih tahu bahawa memasak adalah seni. Sebuah seni terindah yang dibuat khusus untuk keluarga tercinta.

Kembali ke resepi ini, kali ini saya akan cuba bagi cara memasak ayam goreng kunyit. Resepi ini saya dapat ketika berkunjung ke rumah saudara saya. Resepi ayam goreng kunyit ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit (10 minit penyediaan dan 10 minit memasak) dan resepi ini hanya untuk 2 orang makan. so, kalau untuk lebih dari anggaran 2 orang, anda boleh ubah sesuai kuantiti. Oke, langsung saja ya…

resepi ayam kunyit

baca juga: 4 Resepi Masakan Ayam Simple Untuk Pikat Hati Ibu Mertua

Bahan-Bahan

  • 300 gram ayam – bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 4 batang kacang panjang – potong 2 inci
  • 1 biji bawang merah – hiris nipis
  • 1 biji cili merah – hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis

Cara-Cara

  1. Potong dada ayam pada iub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit.
  2. Selanjutnya panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas apai besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.
  3. Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.

baca juga: RESEPI AYAM MASAK CILI KERING SEDAAP

Pencarian Resepi:

Leave a Reply