Resepi Ayam Goreng Halia Simple dan Sedap

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua. Semoga rakan selalu healthy always. Ayam goreng? siapa yang mahu? Pasti semua ingin ayam goreng, macam upin-ipin. hehehee… ayam goreng memang mempunyai rasa tersendiri yang menjadikan ia disukai ramai orang. Daging ayam, digabungkan dengan bahan perasa ayam goreng Khas membuatkan sesiapa sahaja yang mahu merasainya. Terdapat banyak hidangan ayam goreng di Negeri Malaysia ni. Salah satu yang paling istimewa ialah resepi ayam goreng halia. Masa ini, saya akan berkongsi hidangan ayam goreng halia untuk anda cuba di rumah. Tanpa berlama-lama lagi, jumm kita lihat resipi di bawah ni:

Resepi Ayam Goreng Halia Simple dan Sedap

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Goreng Berempah Simpel dan Sedap

Bahan :

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika, jangan sampai bawang putih hangus.
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Ayam goreng halia sangat sesuai dihidangkan untuk makan malam bersama keluarga anda. Saya memberi jaminan kepada anda, suami dan anak-anak pasti suka hidangan istimewa ni. Selain itu rasa lazat, membuat ayam goreng halia ini juga tidak sukar. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang diterangkan di atas. OK, cukup entri kali ni, semoga resepi ayam goreng halia ni berguna untuk anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Kukus Simple dan Sedap

Leave a Reply