Resepi Ayam Goreng Biasa Paling Sedap dan Mudah

resepiayamsimple.com – Salam Sejahtera semua. Semoga healthy always yer. Teman disini bila dah jemu dengan pelbagai variasi masakan ayam like a ayam masak merah, ayam masak kicap etc nak masak ayam macam apa? Bila saya dah jemu saya nak masak ayam goreng biasa ja yer. Kerana memang mudah lagi sedap. Untuk teman saye nak share resepi secret saye pasal ayam goreng biasa ni. Saye nak kongsikan resepi ayam goreng biasa khas my family. Walopun biasa but rasanya tak kalah banding resepi lain. And boleh la teman cuba resepi ni at home. Oke tanpa banyak cakap langsung sahaja saye kongsikan resepi tu. Tengok Jom.

Resepi Ayam Goreng Biasa Paling Sedap dan Mudah

Baha-bahan :

  • satu ekor ayam dipotong ikut suka masing2
  • 7 ulas bawang putih (sederhana besar)
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos tiram

**kesemua sukatan diatas boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing-masing**

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang putih dan halia
  2. Masukkan ayam didalam bekas dan digaul sebati dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk juga semua bahan-bahan diatas.
  3. Perapkan sekurang-kurangnya sejam (lebih lama lagi sedap)
  4. Kemudian goreng seperti biasa hingga ayam masak. Api jangan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan daging ayam cepat hangus dan keras.
  5. Ayam goreng biasa siap dihidangkan.

Baca Juga : Resepi Hati Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

Itulah bahan and cara-cara masak nya. Mudah sangat and sedap pulak. Resepi ni boleh teman hidangkan dengan nasi putih or nasi minyak or nasi kerabu or nasi hijau. Kerana saye baik hati and suka berkongsi resepi. Berikut saye kongsikan pulak resepi nasi minyak. Tengok Jom.

Bahan-bahan Nasi Minyak

  • 4 cawan Beras basmathi taj mahal
  • Bawang besar 1 biji *
  • bawang putih 5 biji *
  • halia 1/2 inci *
  • Fresh milk ducth lady 200ml (ini saya tambah sendiri)
  • kiub ayam 2 ketul
  • Pati ayam 3 sudu besar
  • Daun pandai 3 helai
  • Air suam
  • Minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus

Rempah tumis

  • Bunga lawang 2
  • Bunga cengkih 4
  • Buah pelaga 3
  • Kulit kayu manis 1

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Pewarna kuning telur
  • Pewarna oren

Cara-caranya

  1. Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker
  2. Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit
  3. Tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan
  4. Didalam kuali dengan minyak sapi
  5. Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua
  6. Tutup api dapur
  7. Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi
  8. Masukkan susu ducth lady kedalam ramuan beras tadi berserta air secukupnya
  9. Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam
  10. Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa
  11. Tutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..
  12. Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawang
  13. Jangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan kebih berseri nasinya
  14. Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam goreng biasa!!

Tips

elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak masak

hmm dah komplit bahan and cara-cara masak yer. Boleh la teman cuba untuk makan petang or makan lunch. Oke sekian resepi ayam goreng biasa ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Perak Mudah dan Paling Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply