Resepi Ayam Buttermilk Mudah dan Sedap

resepiayamsimple.com – Siapa si yang tak suka sama resepi ini? Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun tidak sulit dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain. Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.
Selanjutnya, mau tahu cara membuat Resepi Ayam Buttermilk dengan mudah? langsung saja tengok di bawah ini.

resepi ayam buttermilk image

baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Sedap

Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
    Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

baca juga: Resepi Ayam Halia Berlada Hitam Mudah dan Sedap

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
    Cara-cara untuk ayam buttermilk:
  5. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Setelah membaca semua isi artikel ini, coba praktikan ya.. kalau sudah mencoba buat pastilah terasa mudah. Selamat mencuba 😉

Pencarian Resepi:

Leave a Reply