3 Resepi Ayam Hari Raya Aidilfitri 2017 Paling Sedap

resepiayamsimple.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera rakan semua, semoga sihat selalu. Bila masa Aidulfitri datang, sudah tiba masanya untuk makan sedap. Pada majlis itu akan menjadi masa untuk bersama-sama dengan keluarga dan saudara-mara, pengampunan dan mengekalkan silaturahmi. Apabila saudara-mara atau rakan-rakan datang untuk melawat kerumah, Anda mesti memberikan hidangan istimewa untuk mereka. Hidangan ayam adalah salah satu masakan yang sesuai disajikan pada hari raya Aidulfitri. Buat masa ini saya akan berkongsi 3 resepi ayam hari raya Aidilfitri yang paling sedap untuk anda. jom kita tengok resepinya

Baca Juga : Resepi Ayam Kicap Berkuah Kegemaran Hari Raya Aidilfitri

1. Resepi Ayam Masak Sambal

Resepi Ayam Hari Raya - Resepi Ayam Masak Sambal

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong ikut citarasa masing2
  • garam dan serbuk kunyit
  • 5 biji bawang besar – dimayang
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Sambal :

  • 50 gm cili kering – direbus,ditos dan dikisar
  • 30 gm udang kering – dikisar
  • 15 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 biji bawang besar – dikisar
  • 2 cm halia – dikisar
  • 500 ml air
  • 250 ml cuka
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit serta garam dan kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik baunya dan pecah minyak.
  3. Tuangkan air,cuka dan masukkan ayam yang digoreng tadi.
  4. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya serta masukkan bawang yang telah dimayang.
  6. Gaulkan sebati.
  7. Angkat dan hidangkan.

2. Resepi Ayam Goreng Serai

Resepi Ayam Hari Raya - Resepi Ayam Goreng Serai

Bahan-Bahan

  • 10 bahagian ayam ikut citarasa ( peha/kepak/dada )
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 4 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar perahan air limau nipis
  • 5 batang serai – dititik
  • minyak
  • garam secukupnya
  • 1 tankai daun kari

Cara Membuat

  1. Ayam dipotong ikut citarasa masing2 dan dibersihkan.
  2. Gaulkan bahan yang ditumbuk,serai yang dititik,air perahan limau nipis serta garam bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
  3. Taburkan tepung beras ke atas ayam yang tela diperap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goteng ayam hingga masak.
  5. Taburkan daun kari dan kacau.
  6. Angkat dan hidangkan.

3. Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Resepi Ayam Hari Raya - Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 helai daun kunyit-hiris halus
  • 2 sudu kerisik
  • 400ml santan (kotak kecil) + 100ml air
  • Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar

  • 3 labu bawang besar ATAU
  • 12 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6-8 batang serai-hiris
  • 10-20 biji cili padi-ikutlah tahap kepedasan korang
  • 1/2 cawan cili kering kisar

Cara Membuat

  1. Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan bahan kisar tadi.
  4. Gunakan api sederhana. Biarkan hingga ayam kecut.
  5. Masukkan santan, kerisik, asam gelugor dan daun limau purut.
  6. Masukkan garam. Biar rendang mereneh hingga dapat kepekatan kuah yang diingini.
  7. Masukkan daun kunyit. Rasakan garamnya. Kalau perlu masukkan sedikit gula. Tutup api.
  8. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau pun nasi impit.

Bersama-sama dengan keluarga, saudara-mara, atau rakan-rakan anda di hari raya Aidilfitri adalah masa yang paling bahagia. Melengkapkan kebahagiaan bersama-sama hidangan paling istimewa. Sila cuba 3 resepi ayam hari raya ni di rumah. Menyajikan hidangan terbaik anda kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan berguna dan selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Mudah dan Paling Sedap

Pencarian Resepi:

Leave a Reply